


Bila kita sebut sahaja buat duit di internet ramai yang ragu-ragu,boleh ke buat duit?
Selalunya mereka yang melayari internet untuk mendapat pelbagai informasi berkaitan dengan apa sahaja maklumat sama ada untuk pembelajaran,pekerjaan,hiburan dan pelbagai lagi maklumat yang diperlukan boleh dicapai di mana sahaja anda berada asalkan ada akses internet di tempat anda.
Bagi anda yang masih baru dan merancang untuk memulakan atau mencari peluang-peluang untuk menambah pendapatan di internet,cara mudah dan percuma,tiada risiko adalah menyertai program-program affilite yang banyak terdapat sama ada yang di anjurkan oleh individu atau syarikat-syarikat besar dalam dan luar negara,mereka mengunakan medium internet ini untuk memasarkan produk dan perkhidmatan mereka dalam bentuk informasi digital melalui ebook atau produk fizikal seperti barangan pengguna ke seluruh dunia.
Untuk menjimatkan kos operasi dan sumber tenaga manusia,mereka akan melantik agen-agen ini sebagai "jurujual" yang dipanggil Affilite.Sebagai seorang affilite anda tertakluk dengan syarat-syarat tertentu yang dikenakan dan wajib anda patuhi.
Seperti yang telah saya jelaskan,untuk menyertai program affiliate ini adalah mudah,apa yang perlu di sini anda cuma pilih program affiliate yang dianjurkan oleh individu atau syarikat yang mempunyai reputasi yang baik dari segi pembayaran komisyen yang konsisten,sah dan boleh di percayai.Untuk menyertainya butir-butir peribadi anda perlu diberikan bersama alamat yang lengkap dan tepat,setelah permohonan anda diluluskan,anda akan di beri link affiliate,bersama banner dalam kod HTML.Banner-banner ini anda boleh pilih untuk di letakkan di web/blog anda untuk tujuan promosi.
Biasanya komisyen yang dibayar kepada anda berdasarkan jualan per unit,antara 30% hingga 75% bergantung pada harga pasaran,memang lumayan.Komisyen-komisyen ini di bayar kepada anda sebulan sekali atau sebulan dua kali,bergantung kepada jumlah terkumpul hasil jualan anda.Syarikat antarabangsa akan bayar anda mengunakan matawang US dollar,payout minimum ialah US100.Pembayaran akan dibuat sama ada melalui cek terus di pos ke alamat rumah anda atau melalui Paypal,sebagai contoh seperti Google Adsense,Amazon.com,Clickbank dan Paydotcom.
Sebenarnya masih banyak lagi program affiliate yang anda boleh sertai,anda boleh cari sendiri melalui search engine Google atau Yahoo,anda juga boleh sertai program affiliate tempatan yang tidak kurang hebatnya,tidak perlulah saya huraikan satu persatu program affiliate tempatan,anda boleh dengan mudah mendapatkan sendiri.
Apa yang penting di sini,setelah anda buat keputusan untuk sertai program affiliate ini,saya cadangkan mulakan dengan satu atau dua program dahulu,ini kerana ia akan memudahkan anda untuk beri tumpuan dan fokus.Anda boleh membuat promosi link affiliate anda sama ada melalui email,tapi bukan SPAM kepada kenalan anda atau promosi di yahoogroups/googlegroups,laman web sosial seperti facebook,twetter,Myspace dan sebagainya.